BERSAMA BERKONGSI ILMU...

Ilmu yang berguna memberi manfaat seumur hidup..

Sunday 23 October 2011

MATLAMAT DAN OBJEKTIF DUNIA SENI VISUAL TAHUN 2

DUNIA SENI VISUAL

MATLAMAT

Dunia Seni Visual bermatlamat untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa, serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF

Setelah mengikuti Kurikulum Dunia Seni Visual Tahap I murid dapat:

1. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
2. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif, dan menyeronokkan
3. Menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera
4. Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya
5. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual
6. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan selamat
7. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disipilin diri, dan bertanggungjawab
8. Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air
9. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual
10. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah