BERSAMA BERKONGSI ILMU...

Ilmu yang berguna memberi manfaat seumur hidup..

Sunday, 13 November 2011

RODA WARNA

Roda Warna

Saturday, 12 November 2011

LATIHAN RUGBY SBP SEMSAS

upload power point

Menggambar menggunakan Teknik Gosokan


1. Alatan yang diperlukan : kertas lukisan, pensel warna dan duit syiling.



2. Lukiskan gambar mengikut kreativiti murid atau guru boleh menyediakan gambar.


3. Letakkan duit syiling di bawah gambar kemudian gosokkan menggunakan pensel warna dipermukaan   gambar.


4. Hasil gambar yang sudah siap diwarnakan menggunakan teknik gosokan.

Friday, 11 November 2011

TEKNIK CATAN

Proses menyapu warna atau cat di atas sesuatu permukaan rata.
TEKNIK BASAH ATAS KERING
Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan yang kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lutsinar.

Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.

Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yang nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.
 

BIDANG MENGGAMBAR

Menggambar merupakan salah satu bidang dalam Seni Visual di peringkat Sekolah  Rendah.  
Bidang  menggambar  menegaskan  perkembangan  persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.
Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:
Lukisan
Lukisan merupakan kerja-kerja peringkat awal bagi menghasilkan kesan garisan dalam usaha untuk menimbulkan sesuatu imej dengan menggunakan media kering atau media basah ( bukan sapuan ).
Media yang sering digunakan adalah seperti pensil, kapur, pen, krayon, arang, pastel, pen marker dan pensil warna. Penggunaan warna dalam lukisan adalah terhad. jelasnya lukisan bermaksud garisan yang membentuk imej tanpa menggunakan warna atau warna yang terhad.

Asas Sebelum Melukis
1. objek/ item
2. pencahayaan
3. perspektif

Asas Seni Reka

1.  Unsur-unsur seni

  • Garisan
  • Rupa
  • Bentuk
  • Jalinan
  • Ruang
  • Warna
2. Prinsip rekaan
  • Harmoni
  • Imbangan
  • Penegasan
  • Kontra
  • Kepelbagaian
  • Kesatuan
  • Irama dan pergerakan

Wednesday, 9 November 2011

AKTIVITI DUNIA SENI VISUAL TAHUN DUA


Aktiviti di Tahun 2 bagi kurikulum Dunia Kesenian – Seni Visual meliputi :


BIDANG KEGIATAN

AKTIVITI

MENGGAMBAR


1. Lukisan
2. Catan
3. Gosokan
4. Resis



MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Terancang
1. Lipatan dan guntingan
2. Cetakan
Tidak Terancang
Tiupan


MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN




1. Stabail
2. Topeng

MENGENAL KRAF TRADISIONAL

1. Alat Permainan – Gasing
2. Tembikar