Menggambar merupakan salah satu bidang dalam Seni Visual di peringkat Sekolah Rendah.
Bidang menggambar menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.
Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:
Lukisan
Lukisan merupakan kerja-kerja peringkat awal bagi menghasilkan kesan garisan dalam usaha untuk menimbulkan sesuatu imej dengan menggunakan media kering atau media basah ( bukan sapuan ).
Media yang sering digunakan adalah seperti pensil, kapur, pen, krayon, arang, pastel, pen marker dan pensil warna. Penggunaan warna dalam lukisan adalah terhad. jelasnya lukisan bermaksud garisan yang membentuk imej tanpa menggunakan warna atau warna yang terhad.
1. objek/ item
2. pencahayaan
3. perspektif
No comments:
Post a Comment